keepintouch

keepintouch

Tuesday, July 28, 2015

6 perkara yang perlu diamalkan ketika bersama anak-anak

perkongian ini adalah hasil tulisan cikgu nik. semoga memberi manfaat kepada ibu bapa agar dapat mengamalkan perkara-perkara ini ketika bersama anak-anak. enjoy!!

satu..
jika melihat anakmu menangis, janganlah buang waktu untuk mendiamkannya. cuba tunjuk burung atau awam di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. kerana psikologi manusia saat menangis adalah menunduk

dua.. 
jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, janganlah berkata: "dah, sudah main, stop sekarang!". tapi katakan kepada mereka: "main 5minit lagi ya". kemudian ingatkan kembali: "2minit lagi ya". kemudian barulah katakan: "dah, waktu bermain sudah habis". mereka akan berhenti bermain

tiga..
jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di suatu tempat dan kamu ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mahu mendengar cerita mama? angkat tangan...". salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain dan semuanya akan diam

empat..
katakanlah kepada anak-anak sewaktu ingin tido: "tido sayang.. sok pagikan kita nk solat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. jangan berkata: "jom tido, sokkn sekolah", akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia

lima..
nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi satu kenangan. bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka dan berguraulah bersama mereka

enam..
tinggalkn hp seketika dan matikan juga tv. jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: "maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu atau hilangnya keperibadianmu, orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak

selain itu, jangan luper berdoa dan bermohon kepada Allah. dengarkn doa kita di depan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita

No comments:

Post a Comment