keepintouch

keepintouch

Thursday, July 30, 2015

camni ker aku biler blk kg?


emmmm...lbh kurang kot. huhu. beg penuh smpi atas bumbung. cam bwk umah sebijik blk kg. complete. yg ni style en hubby aku. pening aku dibuat nyer. aku ni plak jenis yg sempoi. ala2 be'camping' gitu. xsuker brg byk2. rimas. gi satu kesian jgak kat dier nk kene berulang turun naik dok punggah brg. umah kitorg bkn jenis umah bwh. sket nyer tinggi bertingkek-tingkek. umah yg bercirikn atap umah org. lantai pn umah org. bak kate aqeef: "umah kite besa, umah tok ma kecik". hak3

Tuesday, July 28, 2015

6 perkara yang perlu diamalkan ketika bersama anak-anak

perkongian ini adalah hasil tulisan cikgu nik. semoga memberi manfaat kepada ibu bapa agar dapat mengamalkan perkara-perkara ini ketika bersama anak-anak. enjoy!!

satu..
jika melihat anakmu menangis, janganlah buang waktu untuk mendiamkannya. cuba tunjuk burung atau awam di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. kerana psikologi manusia saat menangis adalah menunduk

dua.. 
jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, janganlah berkata: "dah, sudah main, stop sekarang!". tapi katakan kepada mereka: "main 5minit lagi ya". kemudian ingatkan kembali: "2minit lagi ya". kemudian barulah katakan: "dah, waktu bermain sudah habis". mereka akan berhenti bermain

tiga..
jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di suatu tempat dan kamu ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mahu mendengar cerita mama? angkat tangan...". salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain dan semuanya akan diam

empat..
katakanlah kepada anak-anak sewaktu ingin tido: "tido sayang.. sok pagikan kita nk solat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. jangan berkata: "jom tido, sokkn sekolah", akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia

lima..
nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi satu kenangan. bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka dan berguraulah bersama mereka

enam..
tinggalkn hp seketika dan matikan juga tv. jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: "maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu atau hilangnya keperibadianmu, orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak

selain itu, jangan luper berdoa dan bermohon kepada Allah. dengarkn doa kita di depan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita

Friday, July 24, 2015

faiqa asyfa l 4th month

kecik..

kecikk...


besaa....


besaaa.....

syawal diberkati l 2014

alamak!!! dan soriiiii... baru nk update. luper. raye thn lps nyer plak tu. hehe. raye ni sumer raye sg buloh. termsk aku yg da 2thn beraye kat ctu. raye belah aku. bahagia. bkn aper. 2thn besalin time pose. alang2 behkn pantang. kite raye yg dekat dlu. xgitu?raye kedua da cabut da blk belah en hubby plak. n9. subuh2 sepi'i gi da dok mengemas. huk3. raye kat sg buloh xkemane sgt la. umah jiran2 yg kitorg serang seblom diorg gerak blk kg jauh2 nun. hak3. sonok jgak. rase cam zaman kecik2 dlu. folo makcik+pakcik jiran2 jln raye smpi ke mlm. skang xderk da. pakcik+makcik da tua2. diorg dok umah jerk tggu dak2 smpi. raye ke-5 da xrase raye da. ishk2.

raye thn ni jgak kitorg raye ngan kete baru. yeahaa!! kelise yg comel tu di'upgrade' kpd alza SE. itu jerk yg mampu. ukur baju dibdn sendiri. ader la 2–3 jenis jgak kitorg servey. last decide utk pilih alza jerk. bubbye kelise comel. sedey. seblm anta produa. aku suh en hubby amik gamba kelise byk2. wat kenangan. cantik gi tau. beli thn 2003. 2014 jual. baper thn da pki?cer kire?nk ikotkn syg. tpi aku 'let it go' jerk la dgn ati yg berat. huwaaa... alhamdulillah jgak la segala urusan dipermudahkan. last submit loan isnin. rabu da dpt kete. raye jumaat. huhu. surprise!!! ma aku siap offer gi kitorg nk suh abah aku amik blk sg buloh. memandangkn kete aku yg kecik tu maner nk muat 4beranak. ngan brg2 gi. lagi2 plak raye. kompem byk brg. tpi aku kate xyah amik. ma aku da pelik???tpi naluri ibu. dier bleh agak yg aku da beli kete baru. 

Friday, July 3, 2015

xnk gi skolah. nk gi 'jogging'???



sepanjang bln ramadan ni dier wat hal. 1 part yg memeningkn kepale aku sekaligus membuat naluri aku sebagai seorg ibu meruntun sedih. ayat cam dlm novel plak. aqeef xmo gi skolah. naper aqeef xmo gi skolah?tu la ayat yg aku tanyer pas papa dier amik dr umah ibu ptg tu. dier wat xtau jerk aku tanyer. sebok ngan si roy, mainan robocar poli dier tu. huh. asal anta jerk skolah ngamok+nangih2 xmo gi. ni da tgh thn tau. klu awal thn dlu xderk la heran sgt. tpi aku rase faktor yg paling utama ialah BFF:

1. mia (dok ngan wan dier)
2. irsyad (pose so kene dok mah)

xderk 2org ni jiwa kaco. tu jerk geng dier. ngan dak2 lain bkn dier nk kwn sgt. start mggu ni plak. celik jerk mate nk gi 'jogging'. tanyer aku ader duit ker tak?nk cuti. ari2 nk cuti. aku kate xbleh. nnti mama xderk duit nk beli mainan+baju aqeef. dier bg aku kejer. tpi papa+adik cuti dok umah. pulak da. 'jogging' dier tu sebenar nyer shopping. nk pegi shopping. tau plak dier. tu yg asal blk kejer jerk musti tanyer aku ader duit ker tak sbb nk shopping. alahai. mcm2 da pujuk tpi xjln. sepanjang jln nk gi skolah tu dier melalak. da msk skolah. dier lari kejar kite blk pn ader. teacher2 dier sumer takot nk pegang. ader plak teacher baru pas besalin. ceaser plak tu. gi la takot nk pegang. silap2 kene dush kat perut. spital pegi nyer. huhu. penah skali dier mogok. dlm nangih2 kene tggl tu. dier dok jerk kat sofa xbegerak dr pg smpi ke tghari. kencing+muntah kat ctu. dgn xmkn+xminum. aktiviti ngan kwn sumer dier xjoin. yg tu mmg marah btol la tu. aqeef... aqeef

Thursday, July 2, 2015

one year celebration l faiqa asyfa

10 jun 2015 (rabu). selamat hari lahir anakku faiqa asyfa zul azmi. genap sethn. cpt jerk rase dier membesa. geram. faiqa ni garang+agresif sket. klu nk sumthin tu. dier amik jgak smpi dpt. dier peduli aper. bejln xbleh gi. dier main redah jerk aper yg ader dpn dier. naseb la klu dok sdp tgh lepak kene lenyek ngan dier. huhu. tpi birthday girl demam plak arini. sian. sepatut nyer gi cucuk. tpi xsehat kite pospone mggu dpn. skali check up ngan aqeef. sethn jgak la faiqa baru tumbuh gigi. risau aku. apsal gigi dier xtumbuh2 gi. slalu baby start 6bln tu gigi da tumbuh. ni tak. sethn baru tumbuh. tpi jgn xtau. skali tumbuh gigi mencanak-canak byk nyer. hehe. bwh da 4 batang. atas pn samer. tpi tumbuh sepah2. hahah. klaka la dak kecik sorg ni. smpi nurse pn dok gelakkn dier. kuar gigi taring dlu plak tu. gigi kacip dier lmbt jerk menyusul. huhu. pasni bleh gigit ayam kfc plak tau. abg aqeef pn adik bleh gigit da. sbb abg aqeef suker kaco adik kn? huhu

tpi ramai ingat faiqa ni baby boy. hak3. slh aku jgak kot. asyik dok pkikn baju abg2 jerk kat dier. nnti mama beli baju gurl2 eak kat adik. kdg2 tu da pki kaler pink ader reben gi. still org ingat baby boy. mentang2 la rambut xcurly2. saba tau dik. da besa kang kompem comey cam mama. wuahahah. comey ker mama dier ni?

ader la wat goodies sket sempena birthday faiqa utk kenalan2 rapat cam dak2 skolah aqeef+officemate aku+pengasuh+famili. sonok dpt bg sesuatu kat org lain. ibarat kite bersedekah. sunat hukumnya. yg penting ikhlas. aku bab2 goodies ni mmg cukup suker. klu aku wat musti cantik nyer. huhu. syiok sendiri. tenkiu kat en google aka pinterest. web feveret aku. mcm2 bleh search kat cni. asal nyer utk kejer aku la. dok carik sample utk annual report. last2 melalut smpi ke tagging birthday++. dpt la jgak idea yg bes2 utk goodies aku ni. ader 2 design tag yg aku wat. 1 pnjg utk paper bag. gi 1 dlm bentuk petak utk gift box. bleh tgk kat bwh ni



faiqa pn dpt present from mam+papa. sonok dier. dpt la kete kecik bunyik2. nnti gamba aku upload. tpi yg lbh cam biase la abg aqeef nyer. aper adik dpt sumer dier nk. asal nyer belikn faiqa mainan msk2. last2 abg dier yg kebas. huh. sian faiqa. dimonopoli oleh abg aqeef. hak3

ramadan kareem


18 julai 2015 (khamis) bersamaan 1 ramadan 1436H. selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat islam yang menghuni di muka bumi ni. huhu. semoga segalanya penuh dengan rahmat dan diberkati. aktiviti aku bulan puasa samer jerk. jadual kerja bertukar. start 8am–5pm. tpi kene tggu en hubby smpi area 530pm. puas jgak la menunggu. nk tecongok dpn imac gi ar aku boring. so amik keputusan. aku tecegat tepi jln raye dpn opis aku. huhu. senang aku nmpk en hubby smpi. blom penah gi menjejakkn kaki ke bazar ramadan sbb en hubby da beli siap2 kat bazar area opis dier. huhu. jimat mase. kang blk nk amik hero+heroin tu gi. msk jgak sbb lauk jarang beli. kueh aku xberape pandai nk wat. lbh afdal la klu beli. huhu

mlm pn tarawih aku xgi. aqeef+faiqa tdo awal. teringin jgak nk tarawih kat masjid. tpi memandangkn faiqa kecik gi. lbh baek aku bertafakur di rumah dan di atas katil. heheh. surau+masjid xjauh pn. sore pak imam clear bleh denga. aktif surau kat umah aku tu. bkn calang2 ustaz yg diorg jemput. ustaz zulkarnain, akhil hay pn ader, imam muda ashraf+imam2 muda yg lain, anggota2 pencetus ummah (pu), ramai gi la. nk naikkn semangat org ke surau utk bertarawih. kn bagus camtu?

arini kite da 15 hari berpuasa. aku rase cam da kurus jerk. kurus ker? kurus tau. huhu. sendiri perasan. hak3. tpi ader org da ckp aku nmpk kurus. berjaya melaksanakan misi yg sekian lama dirancang. yess2!!

blom sempat nk bershopping gi aku. jln tar tmpt yg paling aku idam2kn utk menjamu mata. walaupun sesak. tpi tu la tmpt feveret aku. byk thn da xgi sbb en hubby xsuker gi tmpt yg sesak2 camtu. adoiyai. naseb bdn. tpi zaman becinta dlu bleh plak follow aku kn?skang xbleh da?apsal????