bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
pagi ini, isnin 05 ogos 2013, dengan berat hatinya saya kembali semula ke tempat kerja. Ya Allah, terasa berselut bumi yang dipijak, lemahnya kaki mengatur langkah. apatah lagi mengenangkan hari ini genap setahun buah hati saya, ariq zulfan, pulang kepada Pencipta dan tinggalkan kami di dunia dengan tiba-tiba. sangat tiba-tiba, tanpa sebarang tanda.
ramai yang sudah tahu. tapi di blog ini saya maklumkanlah sekali lagi. buat pengetahuan, anak kedua saya, ariq zulfan bin zul azmi telah pulang ke rahmatullah, isnin 05 ogos 2013. perginya ariq zulfan pada usianya 63 hari, dalam jagaan pengasuhnya pn fatimah, yang telah saya amanahkan. takdir Allah mengkehendaki, tiada seorang pun tahu pukul berapa dan bagaimana jiwa ariq zulfan dijemput pulang kepada Allah oleh malaikat izrael. ketika ditemui jam 1.30tghari (selepas solat zohor) ariq zulfan sudah kaku xbernyawa.
sampai ke hari ni, saya masih dalam keadaan terpana. seolah-olah kepala dipukul oleh gendang yang sangat kuat, dengungannya buat saya tenggelam dan timbul dalam realiti. kadang-kadang hati terasa kuat dan tabah, adakala terasa sangat-sangat lemah. masih cuba menerima hakikat bahawa ariq zulfan yang setiap hari saya peluk, cium dan susukan dah tak ada lagi di sisi saya. takkan dapat lagi saya cium pipinya di dunia. tak mungkin lagi untuk kelihatan wajah manjanya yang baru pandai mengukir senyum manis buat kami. Semua itu dah menjadi mustahil untuk saya harapkan di dunia. cuma di akhirat, di syurga sajalah yang tinggal untuk saya harapkan pertemuan dengan ariq zulfan.
sangat perit menanggung rindu buatmu ariq zulfan. rindu ini akan saya tanggung sampai mati. tapi rasa rindu inilah yang akan terus mengingatkan saya bahawa ariq zulfan sedang menanti di syurga. mujur masih ada 1 pasang baju ariq zulfan yang masih melekat kuat bau badannya. saya asingkan dan tak akan basuh sampai bila-bila. itu sajalah yang tinggal untuk kami. kali pertama pulang ke rumah sewa kami 2minggu lepas ariq zulfan pergi, saya terus meluru ke bakul baju mencari semula baju terakhir ariq zulfan yang belum dibasuh. saya cium dan temui bau ariq zulfan. luluh semula hati saya yang sedang cuba untuk tabah. terketar-ketar saya menangis memanggil-manggil nama ariq zulfan berulang kali. kalau bukan suami yang sedang memeluk kuat, memang saya sudah jatuh rebah xberdaya menanggung sedih dan rindu. longlai rasa lutut, sepertimana saya rasa sewaktu tiba di perkarangan HUKM, sambil memeluk tubuh ariq zulfan sudah kaku.
syukur xterhingga pada Allah yang meminjamkan kami seorang ahli syurga yang amat dikasihinya. walaupun 2bulan, tapi kenangan dan saat-saat bersama ariq zulfan akan kekal sampai saya mati. syukur pada Allah kerana memilih kami untuk diuji sebegini. xsangka, dalam keadaan kami yang sangat lalai dan leka dengan nikmat dunia, solat hujung-hujung waktu, doa lepas solat pun cuma sekadar di bibir dan xbersungguh, rupanya Allah xtinggalkan kami. rupanya selama ini Allah memerhati. bertuahnya rasa diri, kerana dipilih untuk mengandungkan dan melahirkan seorang penghuni syurga dari rahim sendiri. kalau mengenangkan kejahilan dan kelalaian diri, siapalah saya untuk mengharapkan syurga. langsung xlayak. tapi sekarang, saya terasa ujian ini sebagai hadiah dari Tuhan. Untuk dia janjikan syurga kalau saya bersabar dan reda. bukan mudah.
Alhamdulillah, makin hari saya rasa makin kuat. setiap kali terpandang tempat ariq zulfan selalu baring atas katil kami, hati saya berbisik, ariq zulfan masih ada. ariq zulfan ada dengan Allah. jangan sedih. ariq zulfan selamat dan bahagia di sana. saya sangat hargai setiap doa dan kata-kata semangat yang banyak saya terima dari sms. Hampir kesemuanya menyebut syurga dan setiap kali itulah saya aminkan doa itu, semoga kami disatukan dalam syurga Allah nanti. kepada mereka yang menghadiahkan saya dengan mesej-mesej begitu, please know that saya sangat berterima kasih kerana kata-kata kalian sangat membantu memujuk hati saya yang sangat sedih dan rindukan ariq zulfan.
walaupun masih sedih, saya percaya ariq zulfan pergi dengan meninggalkan banyak hikmah dan kebaikan buat kami sekeluarga. sangatlah xpernah saya sangka, selama ini saya sedang menjaga dan mengasuh seorang ahli syurga yang amat suci. mesti Allah sangat sayang dan rindukan ariq zulfan, maka dipanggil semula ariq zulfan pulang. kalau begini perasaan sayang dan rindu seorang mama kepada anak, macam manalah kasih sayang Allah pada dia. sangat xterbayangkan oleh akal manusia. untuk kuatkan diri, setiap saat saya ulangkan pada diri, betapa saya patut bersyukur kerana sekarang ariq zulfan sudah bahagia dan selamat di sisi Allah. ariq zulfan xakan menangis lapar lagi. xakan rimas dengan pampers yang lambat bertukar lagi. ariq zulfan mesti sedang nyenyak tidur dan sentiasa senyum. ariq zulfan sedang dijaga dalam sebaik-baik asuhan, di tempat yang terbaik. tenanglah hati, redalah hati, demi Allah yang Maha Memiliki, saya relakan ariq zulfan pergi.
di saat ini, saya cuma mahu meneruskan kehidupan dengan sebaik-baiknya, walaupun dalam hati ini akan tinggal lompong yang kekal sampai saya mati. buat sementara waktu, saya masih takut untuk merancang apa-apa. Allah ambil ariq zulfan di saat saya sedang asyik merangka perancangan buat kami sekeluarga. macam2 yang selalu saya bincangkan dengan suami. inginkn 4 cahaya mata, selepas kelahiran ariq zulfan nak berehat dulu mungkin 2tahun lagi baru pikirkan cahaya mata.
terlupa. sangat terlupa bahawa dalam keasyikan kami merancang, ada Allah yang Maha Menentukan dan sebaik-baik Perancang. pemergian ariq zulfan menyentak hati kami, terus kami jatuh terduduk ke tanah semula. barulah tersedar, selama ini kami langsung lupakan Allah dan akhirat dalam setiap rancangan dan impian. terasa cukup dan sempurna dengan nikmat keluarga, sehingga hilang rasa mengharap dan mahu meminta pada Allah. sekarang ini, seolah-olah Allah menempelak kami, ‘Nah, apa pula perancangan kau sekarang?
Allah Maha Baik. xada sesuatu pun yang Dia jadikan sia-sia. bila Allah ambil anak kami ariq zulfan hati ini seolah-olah sudah diikat dengan akhirat. semoga simpulan itu xkan terlerai lagi sampai kami pula yang pulang kepada Dia. sekarang ini, hanya syurga yang kami mahukan. hanya syurga yang menjadi motivasi hidup kami di dunia. sebab hanya di syurga kami dapat bertemu ariq zulfan semula, dan hidup kekal bahagia sekeluarga, seperti apa yang kami impikan sebelum ini. kalau inilah caranya untuk kami sentiasa ingat Allah dan sedar bahawa bahagia di dunia ini hanya sementara, kami akur dengan kehendak dan ketentuanNya.
ramai yang bertanya apa yang sebenarnye berlaku. banyak juga fakta yang kurang tepat yang tersebar. apa dan punca sebenar pemergian ariq zulfan biar sekadar saya, suami dan pengasuh yang tahu cerita sebenar. memang ariq zulfan pergi dalam jagaan pengasuhnya pn fatimah, tapi naluri saya meyakini bukan salah pn fatimah. malah hari ini, saya dan suami, dengan restu orang tua kami, setuju untuk terus menghantar izzul aqeef (anak sulung) bersama pn fatimah. saya yakin Allah telah temukan kami dengan seorang pengasuh yang baik buat anak2 saya. cuma kehendak Allah mengatasi segalanya.
buat anakku ariq zulfan, si kunang-kunang syurga..
mama dan papa reda ariq zulfan pulang kepada Allah..
ampunkan salah dan silap mama selama 11bulan ariq zulfan bersama mama..
mama bersyukur memiliki anugerah terindah sepertimu..
walau sementara cuma..
kenangan bersama ariq zulfan menjadi penguat mama selama-lamanya..
kenangan bersama ariq zulfan menjadi penguat mama selama-lamanya..
tunggu mama, papa dan aqeef di syurga Allah ya sayang..
bantu kami di akhirat nanti sayang..
mama akan sabar menanti saat itu..
saat bertemu semula dengan ariq zulfan..
berbahagialah wahai anakku bersama Allah..
sesungguhnya Dialah sebaik-baik pelindung dan penjaga buatmu..
al fatihah untukmu sayang..
kekallah ariq zulfan hidup di hati mama..
hingga bertemu di pintu syurga wahai anakku..
amin ya rabbal alamin..
No comments:
Post a Comment