keepintouch

keepintouch

Thursday, November 20, 2014

majlis aqiqah l ariq zulfan


membuat aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak. hukum membuat kenduri bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah sunat muakkad, caranya ialah:

1. hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu sunnat muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib

2. penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh

3. jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. hal ini berdasarkan hadis dari ahmad, abu dawud dan al-tabrani, bahawa Rasulullah saw pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah baginda saw diangkat menjadi rasul

4. anak zina, aqiqahnya sunat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. demikian pendapat syaikh ibnu hajar dan syaikh ramli, manakala khatib syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya

5. anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing

Diriwayatkan daripada aisyah: "Bahawa Rasulullah saw memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing"
riwayat al-tirmizi

Daripada Ibnu Abbas ra pula menyatakan: "Bahawa Rasullullah saw menyembelih aqiqah untuk hasan dan husin masing-masing dengan seekor kambing"
riwayat abu dawud

aqiqah kali ni utk anak aku ariq zulfan. xsempat mama+papa nk wat mase ariq ader. sori eak. musti ariq sonok da dok kat 'sana'. aqiqah tetap kene wat sbb ariq penah bernafas di muka bumi ni. semoga berbahagia di syurga Allah yer sweetheart. love u ariq. destinasi utk aqiqah kali ni. comfirm la di gemencheh. umah mertua aku. senang. lapang+pekakas sumer ader. tenaga kerja sumer rajin2. aku jerk yg malas sket kot. hehe. rajin. cume malu nk tunjuk jerk. huhu. kambing da dpt. 2ekor. comey2 jerk. relek dok dlm kandang tu. ko xtau gi kn nk kene semelih. tungguuuu.. mmg jdik pameran la utk kanak-kanak riang ni. excited dok tenung kambing tu. comey sgt ker?huh. walaupn majlis ringkas. alhamdulillah bejln dgn jayanya. time kasih sumer yg betungkus lumus dlm menjayakn majlis ni. semoga Allah membalas jasa kalian. amin

walimatul urus l arif+hajar

04 april 2014 | jumaat

beh la akuuuu...mmg xberape nk ingat sgt kot citer2 disepanjang berlangsung nyer majlis perkahwinan dak alip ni. tu la lamer sgt dok simpan entry. tajok ader. tpi stori+gamba da kelaut. adus..aku ni plak bkn jenis memori kuat sgt. byk mkn semut xbuang kepale. hak2. klu memori aku superb. da lamer aku jdik majistret..doktor.. cam mak si sabariah nk calon menantu dlm citer kassim selamat tu. huhu. xper la. aku citer sekadar yg aku ingat jerk la eak?



05 april 2014



Thursday, November 13, 2014

dinner l muara klang

24 november 2013


dinner ni da lamer belangsung sebenarnyer. mase dok tgh carik2 gamba. tejumpe la folder dinner ni. tu yg november 2014 baru update. padahal citer nyer da sethn lepas. huhu. tgh dok menunggu hidangan siap. lauk pauk sumer da pilih. tggu nk ngap jerk. cpt lor. perut da bedangdut da ni. togok air jerk la dlu. sambil2 tu kite snape gamba sorg sket. sbb xmo fokus sgt tang perut. ahakz. tenang jerk denga bunyik air laut bersama2 ombak. ceh. smpi2 jerk shopping dlu kat deret2 meja org menjual tu. beh jgak la duit beli mainan dak aqeef ni. pistol la+papan tulis la. nk bg dier senyap jerk. biar dier fokus kat mainan. tgk khalid relek jerk. hehe. xlamer pastu mknn pn smpi. sbb da telampau sgt2 teruja nk mkn. gamba pn xsnape. gi pn takot korg meleleh air liur. kitorg ni klu bab melahap. mmg cam antu raya. hihihi. mangan dlu la eak. yum2!!